Oxygen OS 5.0 kini sudah melepasi peringkat beta untuk digunakan pada OnePlus 5. Kemaskini ini bukan sekadar memberikan nikmat menggunakan Android 8.0 Oreo, ia turut menyediakan pembaikan keselamatan untuk bulan Disember.

Tidak semua rantau menerima kemaskini OTA ini kerana ia diterbitkan secara berperingkat mengikut rantau-rantau tertentu. Pengguna yang berminat untuk mendapatkannya lebih awal, mungkin boleh menggunakan secara VPN.

Saiz kemaskini ini adalah 1578MB. Oleh yang demikian, pengguna dinasihatkan untuk memuat turun melalui rangkaian Wi-Fi. Berikut adalah log perubahan lengkap bagi kemaskini berkenaan;

  • Updated to Android O (8.0)
  • Launcher
    • Optimizations for Shelf
    • Now you can upload your photo through Shot on OnePlus
  • Camera
    • New Camera UI design
    • Optimizations for photo quality
    • Added beauty effect for Portrait Mode
  • Gallery
    • Added “Places” tab for viewing photos on a map
  • Calculator
    • Added history feature
  • Clock
    • Added alarm calendar feature
  • System
    • Added Parallel Apps feature
    • New design for Quick Settings
    • New design for Lift up display
    • Added “Adaptive model” screen calibration
    • Optimizations for Wi-Fi
    • Optimizations for Battery Saver
    • Updated Android security patch to December

Buat masa ini, terdapat laporan dari Reddit yang mengatakan kemaskini untuk OnePlus 5 ini mungkin bakal berdepan masalah yang sama dihadapi oleh OnePlus 3/3T selepas dikemaskini baru-baru ini.

Jika ini benar-benar berlaku, kemaskini ini mungkin akan menyebabkan masalah seperti tetapan aplikasi, binari pada sesetengah perkakasan dan juga versi Play Services yang dipasang adalah versi Nougat yang lama atas sebab yang tidak dapat diketahui.

Diharapkan, kemaskini ini tidak akan menyebabkan timbul sebarang isu pada OnePlus 5 sepertimana yang pernah berlaku pada OnePlus 3/3T sebelum ini.

Sumber berita diperoleh dari Forum OnePlus

TINGGALKAN BALASAN

Mohon masukkan komen anda!
Masukkan nama anda di sini

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.