Terdapat laporan yang mendakwa kewujudan CPU Intel enam-teras baru yang masih belum dikeluarkan secara rasmi. Dinamakan sebagai Core i7-8720HQ, pemprosesan ini ditemukan oleh salah seorang pengguna forum Baidu yang menggunakan nama “By1213131” . Jika maklumat ini sahih, maka berkemungkinan besar ini merupakan sebuah pemprosesan flagship dari Intel khusus untuk peranti mudah alih.

Dari segi spesifikasi, pemprosean Intel Core i7-8720HQ serasi dengan Socket 1440, jenis yang sama digunakan dengan pemprosesan mudah alih Intel Generasi Ketujuh yang menggunakan seni bina Coffee Lake. Sebagai maklumat tambahan, Intel pernah sebelum ini mengumumkan pemprosean Generasi Kelapan untuk laptop tidak dibina berasaskan seni bina ini.

Core i7-8720HQ berkenaan menampilkan 6 teras CPU dengan 12 bebenang (threads), bersama-sama 9MB L3 cache. Selain itu, pemprosesan ini hadir dengan kelajuan klok 2.4GHz (asas) dan 3.6GHz (Turbo Boost) dengan HyperThreading tersedia. Dikatakan, pemprosesan Core i7-8720HQ ini sama tarafnya dengan pemprosesan desktop Core i5-8600K.

Pada kebiasaannya, pemprosesan flagship seperti ini sering diketemukan pada laptop-laptop gaming bertaraf tinggi seperti Dell Alienware, ASUS ROG, HP Omen, Acer Predator dan sebagainya. Tiada sebarang tarikh diberikan berkenaan pelancaran rasmi pemprosesan-pemprosesan terbaru dari Intel setakat ini dan dijangkakan ianya mungkin akan tiba sekitar suku tahun pertama 2018.

Sumber berita diperoleh dari Baidu

 

TINGGALKAN BALASAN

Mohon masukkan komen anda!
Masukkan nama anda di sini

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.