iflix telah mengumumkan akan melancarkan siri drama Malaysia eksklusif tersendiri pertamanya, KL Gangster: Underworld. Drama berkenaan, mengandungi enam episod dalam satu siri akan menjalankan penggambarannya di Malaysia.

Spin-off dari filem KL Gangster 1 dan 2 ini akan diarahkan oleh Faisal Ishak dan Syafiq Yusof. Latar ceritanya mengambil tempat selepas KL Gangster 1 tamat apabila kumpulan-kumpulan gangster sering kali bertempur setelah ketua-ketua mereka telah ditangkap atau meninggal dunia.

Siri ini turut memperkenalkan watak-watak baru, aksi-aksi hebat dengan kualiti produksi bertaraf filem cereka, serta turut mengetengahkan isu-isu semasa seperti aktiviti pemerdagangan manusia. Siri ini bakal ditayangkan sekitar pertengahan tahun 2018 dan boleh didapati secara eksklusif pada platform iflix di seluruh dunia.

Tonton trailer siri drama KL Gangster: Underworld

TINGGALKAN BALASAN

Mohon masukkan komen anda!
Masukkan nama anda di sini

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.