Honor Malaysia baru sahaja melancarkan Honor 7X untuk pasaran tempatan. Telefon pintar pertama dari Honor yang menampilkan paparan 18:9 ini ditawarkan pada harga yang menarik, RM 1,099.

Pada harga tersebut, Honor 7X menampilkan paparan 18:9 5.93-inci HD+ penuh, sebuah chipset HiSilicon Kirin 659 bersama-sama RAM 4GB, storan dalaman 64GB yang boleh diperbesarkan, dan juga bateri 3,240mAh. Tidak ketinggalan, telefon pintar ini turut didatangkan bersama penderia cap jari di bahagian belakangnya. Serta kerangka logam dan keempat-empat bucunya diperkuatkan supaya lebih tahan apabila terjatuh.

Untuk kameranya pula, 7X menawarkan sistem dwi kamera untuk kamera utamanya – dengan tetapan 16MP dan sebuah lagi 2MP bagi menghasilkan kesan khas bokeh. Juga, pada hadapannya, disediakan kamera swafoto 8MP.

Jika dibandingkan dengan 6X, 7X membawakan pelbagai jenis pembaharuan. Bukan sekadar menawarkan ciri yang lebih menarik, malah ditawarkan pada harga yang lebih menarik.

Honor 7X akan berada di pasaran Malaysia bermula 22 Disember ini dengan harga bermula dari RM1,099. Tapi bagi anda yang ingin mendapatkannya pada harga yang lebih murah, telefon pintar ini ditawarkan dengan harga RM999 pada 18 Disember ini bermula jam 3 petang hingga 4 petang melalui VMall dan Lazada

TINGGALKAN BALASAN

Mohon masukkan komen anda!
Masukkan nama anda di sini

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.