Bersempena pembukaan Authorised Mi Store yang terbaru di IOI City Mall, Putrajaya, Xiaomi turut melancarkan sebuah lagi telefon pintar mesra bajet untuk pasaran Malaysia, Xiaomi Redmi 5A. Pada harga RM399, telefon pintar ini menepati kehendak pengguna-pengguna yang ingin memiliki telefon pintar pada harga mampu milik.

Oleh kerana telefon pintar ini sememangnya dikhususkan sebagai telefon pintar peringkat permulaan, Redmi 5A menawarkan spesifikasi yang rendah. Pun begitu, ianya bersesuaian dengan harga yang ditawarkan olehnya. Lagipun, spesifikasinya tidak jauh dengan model sebelumnya iaitu Redmi 4A.

Kedua-duanya Redmi 5A dan Redmi 4A menampilkan Qualcomm Snapdragon 425 processors yang digandingkan dengan RAM 2GB, storan 16GB yang boleh diperbesarkan, paparan IPS 5-inci 720p IPS. Tapi untuk baterinya, Redmi 4A punya lagi besar dengan 3,120mAh, berbanding 5A yang menawarkan bateri yang sedikit kecil kapasitinya, 3,000mAh.

Jadi, apa yang membezakannya dengan Redmi 4A yang dulu? Pada kameranya tuan-tuan dan puan-puan.

Sungguhpun masih lagi menawarkan kamera utama 13MP dan 5MP untuk kamera hadapan, kamera utama 13MP Redmi 5A ini menampilkan fokus auto pengesan fasa. Manakala untuk kamera hadapannya pula, ia menawarkan aperture yang lebih besar pada f/2.0 berbanding 4A yang menawarkan f/2.2.

Xiaomi Redmi 5A boleh diperoleh di pasaran dengan harga RM399. Harga ini lebih murah jika dibandingkan dengan harga Redmi 4A sewaktu pelancarannya dulu yang ditawarkan pada harga RM449. Telefon pintar ini juga boleh didapati secara ekslusif secara atas talian melalui Lazada bermula 12 Disember ini.

Beli Xiaomi Redmi 5A di Lazada

Atau, anda boleh juga mendapatkan Xiaomi Redmi 4A di Lazada dengan pilihan harga yang menarik.

[one_half][/one_half][one_half_last][/one_half_last]

TINGGALKAN BALASAN

Mohon masukkan komen anda!
Masukkan nama anda di sini

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.