Harga Bitcoin sememangnya sukar dijangka dan nilai turun dan naiknya juga tidak masuk akal jika dibandingkan dengan nilai mata wang konvensional. Nilai kriptowang ini baru sahaja mencecah ke paras tertingginya, melebihi $18,000 awal pagi ini. Keadaan ini menjadikan pusat tukaran popular seperti Coinbase tergendala akibat masalah kesesakan trafik yang amat tinggi.

Dua minggu sudah, harga Bitcoin hanya sekitar $8,000. Tetapi, minggu ini harganya telah melonjak menjadikannya nilai kriptowang ini terlalu mudah meruap (volatile). Serta, harganya pada setiap pusat tukaran juga tidak sama antara satu sama lain dengan bursa GDAX Coinbase menunjukkan nilai kriptowang ini mencapai tahap tertinggi setakat artikel ini ditulis pada $19,000.

Harga yang diniagakan di Bitfinex setakat ini adalah pada $16,576 dan di GDAX pula, harganya adalah $17,164.02. Itupun, sepanjang saya menaip inipun, harganya berubah-rubah sekitar beberapa ratus dolar.

Sifat pasaran kriptowang ini yang terlalu mudah meruap menyukarkan pembeli-pembeli yang tidak mampu untuk bertahan ketika dalam keadaannya sedang susut nilai. Mungkin ada yang mengaut keuntungan dari urusniaga kriptowang ini, namun ramai juga pihak yang tidak dapat menampung jumlah kerugian sewaktu nilainya sedang menurun. Lagipun, sewaktu ianya sedang menurun, amat sukar untuk menjangkakan bilakah pula ianya akan naik semula.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Mohon masukkan komen anda!
Masukkan nama anda di sini

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.