Bitcoin mencatatkan perubahan nilai yang terlalu mendadak lewat kebelakangan ini apabila nilainya sekitar $8,000 pada satu ketika, telah meningkat kepada hampir $20,000 dalam tempoh beberapa minggu sahaja. Namun, kini nilainya sudah mula mencatatkan kemerotan pada 23 peratus berdasarkan info dari Coinbase.

Harganya pernah melepasi paras di bawah $12,000 di sesetengah bursa niaga pada jam  7:30 pagi, waktu London.

Kejatuhan ini – yang mengakibatkan kehilangan sehingga $4,000 dari nilai sebelumnya – merupakan penyusutan nilai yang paling besar peratusannya untuk tahun ini. 1 Januari lalu, kriptowang ini dinilai pada $998 dan telah menyaksikan peningkatan mendadak sehingga hampir $20,000 di sesetengah bursa niaga awal minggu ini.

Bukan Bitcoin sahaja yang menyaksikan penyusutan nilainya. Kriptowang lain turut mengalami keadaan yang hampir sama. Ethereum (jatuh 20 peatus), Bitcoin Cash (jatuh 30 peratus), Litecoin (jatuh 21 peratus) dan hampir kesemua matawang alternatif berprofil tinggi telah menurun nilainya sepanjang tempoh 24 jam yang lepas, menurut Coinmarketcap.com. Hanya Ripple sahaja yang mencatatkan peningkatan pada 7 peratus setakat ini.

Tiada siapa yang mengetahui punca sebenar mengapa nilai-nilai kriptowang ini mengalami penyusutan secara drastik dalam jangka masa yang amat singkat. Sama juga halnya dengan bagaimana kriptowang ini meningkat nilai secara mendadak beberapa minggu yang lepas. Ramai pihak berpendapat, ianya berkaitan dengan semakin banyak institusi kewangan yang menyokong penggunaannya.

Sumber berita diperoleh dari Coinmarketcap

TINGGALKAN BALASAN

Mohon masukkan komen anda!
Masukkan nama anda di sini

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.