Usaha untuk menghasilkan komputer Windows 10 yang menggunakan pemprosesan Qualcomm Snapdragon telah pun diketengahkan sejak pertengahan tahun ini. Kini, Asus menjadi yang pertama menawarkan peranti tersebut melalui Asus NovaGo.

Turut didakwa sebagai laptop pertama yang berkeupayaan LTE Gigabit, NovaGo menggunakan chipset Snapdragon 835 –  yang digunakan pada kebanyakan telefon pintar flagship masa kini.

Menampilkan rupa paras yang ramping pada 14.9mm, laptop seberat 1.39kg boleh didapati dalam bentuk model RAM 8GB berserta storan berasaskan UFS2.0 sehingga 256GB.

Dibina dengan paparan sesentuh HD Penuh 13.3 inci dengan warna gamut sRGB 100 peratus, NovaGo boleh digunakan bersama-sama Asus Pen yang menawarkan 1024 tahap sensitiviti tekanan. Menurut Asus, bateri laptop ini mampu bertahan sehingga 22 jam apabila digunakan. Untuk Modern Standby pula (ciri standby unik yang disediakan oleh Windows 10), ia mampu bertahan sehingga lebih dari 30 hari.

Asus NovaGo ditawarkan pada harga USD 599 (lebih kurang RM 2,436) untuk model 64GB model. Manakala untuk model RAM 8GB dan storan 256GB pula, harga yang ditawarkan adalah USD 799 (lebih kurang RM 3,250). Tiada sebarang pengumuman berkenaan tarikh laptop ini hadir ke pasaran setakat ini. Namun, ia dijangka bakal menemui pengguna pada tahun hadapan.

Sumber berita diperoleh dari Asus

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Mohon masukkan komen anda!
Masukkan nama anda di sini

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.