Selepas beberapa kali mengeluar iklan ejek (teaser) berkaitan Vivo V7, Vivo Malaysia kini akhirnya mengumumkan telefon pintar terbarunya ini akan diperkenalkan secara rasmi untuk pasaran Malaysia di Zouk Kuala Lumpur. Pelancaran di kelab terkemuka (yang orang bukan kaki clubbing pun kenal) tersebut akan dilangsungkan pada 22 November ini.

Tidak ketinggalan, foto rasmi telefon pintar Vivo terbaru ini juga didedahkan kepada umum.

Berdasarkan foto-foto Vivo V7 berkenaan, didapati paparan yang disediakan adalah 5.7 inci, berbanding 6.0 inci FullView yang terdapat pada Vivo V7 Plus. Selain itu, untuk spesifikasi telefon pintar ini menawarkan chipset Snapdragon 450 yang digandingkan dengan RAM 4GB, storan dalaman 32GB berserta slot mikroSD sebagai ruang storan tambahan. Kamera hadapannya menggunakan penderia 24MP dan sistem operasi yang digunakannya adalah Android 7.1 Nougat.

Spesifikasi Vivo V7

Umum

  • Tarikh dilancarkan: 22 November
  • Rangkaian: 2G, 3G dan 4G
  • SIM: Dwi-SIM (Nano-SIM, dual stand-by)
  • Ukuran: 149.3 x 72.8 x 7.9 mm
  • Berat: 139 g (4.90 oz)
  • Sistem Operasi: Android 7.1.2 (Nougat)
  • CPU: Octa-core 1.8 GHz Cortex-A53
  • Chipset: Qualcomm Snapdragon 450
  • GPU: Adreno 506
  • Storan dalaman: 32 GB, RAM 4 GB
  • Memori tambahan: slot mikroSD, hingga 256 GB
  • Bateri: Li-Ion 3000 mAh tidak boleh ditanggalkan
  • Warna: Champagne Gold, Matte Black

Penyambungan

  • GPRS: Ada
  • EDGE: Ada
  • Kelajuan 3G/4G: HSPA, LTE
  • Wi-Fi: Wi-Fi 802.11 b/g/n, WiFi Direct, DLNA, hotspot
  • Bluetooth: 4.2, A2DP, LE
  • USB: USB Mikro 2.0, USB On-The-Go

Kamera dan Video

  • Utama: 16 MP, f/2.0, fokus auto pengesan fasa, LED flash
  • Depan: 24 MP, f/2.0
  • Video: 1080p@30fps
  • Ciri Khusus: saiz penderia 1/3″, saiz piksel 1.0 µm, geo-tagging, fokus sesentuh, pengecaman wajah, HDR

Skrin

  • Skrin LCD sesentuh kapasitatif IPS, 16 juta warna
  • 5.7 inci, 83.8 cm2 (nisbah skrin-ke-kerangka ~77.1%)
    720 x 1440 piksel, nisbah 18:9 (ketumpatan ppi ~282)
  • Berbilang Sentuhan: Ada

Maklumat lanjut, kunjungi Vivo Malaysia

TINGGALKAN BALASAN

Mohon masukkan komen anda!
Masukkan nama anda di sini

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.