Samsung Malaysia telah menjanjikan perkhidmatan baik pulih percuma untuk kesemua perkakasan dan peranti berjenama Samsung yang telah rosak diakibatkan oleh bencana banjir yang berlaku di Kedah dan Pulau Pinang baru-baru ini. Bagi mangsa-mangsa banjir yang terlibat boleh berhubung dengan mana-mana pusat khidmat Samsung yang terdekat untuk info lanjut.

Bagi perkakasan elektrik di rumah yang bersaiz besar dan sukar dialihkan seperti peti sejuk dan mesin basuh, juruteknik Samsung akan memeriksa terlebih dahulu tahap kerosakan di lokasi. Pengguna boleh menetapkan tarikh dengan menghubungi di talian 1800-88-9999. Harus diingat, ini adalah khusus untuk perkakasan-perkakasan elektrik besar yang sukar dialihkan sahaja. Kalau setakat yang kecik-kecik tu, boleh bawa sendiri ke pusat khidmat Samsung.

Bagi pengguna peranti mudah alih, Samsung mengingatkan pengguna agar melakukan backup data terlebih dahulu, jika keadaan mengizinkan. Ini kerana pihak Samsung tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan data selepas kerja-kerja baik pulih dan pemuliharaan peranti selesai dilakukan.

Pengguna-pengguna yang terkesan akibat masalah banjir penghujung tahun 2017 di Utara tanah air ini oleh menghubungi Samsung di talian 1800-22-8899 (untuk peranti mudah alih) atau 1800-88-9999 (untuk lain-lain produk).

Berikut adalah kawasan-kawasan yang disediakan perkhidmatan baik pulih kerosakan akibat banjir;

Pulau Pinang Kedah
Pulau Tikus Kampung Masjid
Georgetown
Bayan Lepas
Batu Ferringhi
Sungai Puyu
Balik Pulau
Bukit Mertajam
Butterworth
Juru

Imej cover diperoleh dari Google Plus Samsung Express Service Centre

2 KOMEN-KOMEN

TINGGALKAN BALASAN

Mohon masukkan komen anda!
Masukkan nama anda di sini

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.