Apple telah mengumumkan gelombang berikutnya ketibaan iPhone X di 13 buah negara yang kali ini turut menyenaraikan Malaysia. Telefon pintar terbaru keluaran Apple ini bakal hadir ke pasaran Malaysia bermula 24 November 2017, bersamaan hari Jumaat.

Jika mengambil kira sambutan dari kalangan peminat Apple yang beratur panjang di gedung-gedung Apple Stores di seluruh dunia, iPhone X merupakan telefon pintar yang mempunyai daya tarikannya yang tersendiri. Apa tidaknya, ia menampilkan paparan 5.8-inci, bucu-ke-bucu yang dianggap sebagai  “hampir sempurna“ oleh sesetengah pihak.

Di Malaysia, Apple menawarkan dua pilihan warna untuk iPhone X iaitu Silver dan Space Grey. Selain boleh diperolehi dari Apple Store, telefon pintar ini juga boleh didapati melalui Apple Online Store, wakil jualan Apple yang sah, dan juga syarikat-syarikat telco tempatan melalui pakej-pakej yang ditetapkan.

iPhone X model 64GB dijual pada harga RM5,149, manakala model 256GB pula dijual dengan harga yang mencecah RM5,899.

Selain itu, Apple turut menjual aksesori rasmi untuk iPhone terbaru ini pada 24 November. Antaranya termasuklah pelapik kulit dan silikon dengan pelbagai pilihan warna dengan harga bermula dari RM189, dan untuk iPhone X Leather Folio yang baru, harganya adalah RM449.

Maklumat lanjut, layari Apple Malaysia

TINGGALKAN BALASAN

Mohon masukkan komen anda!
Masukkan nama anda di sini

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.