Intel kini dilaporkan sedang merancang untuk meningkatkan jumlah pengeluaran pemprosesan dari keluarga Coffee Lake. Empat jenis pemprosesan yang terlibat di dalam usaha Intel ke arah meningkatkan pengeluaran ini termasuklah Core i5-8400, Core i5-8600K, Core i7-8700, dan Core i7-8700K.

Kilang fabrikasi terbaru yang dikhususkan untuk meningkatkan pengeluaran Intel ini terletak di Chengdu, China. Menurut sumber dari portal AnandTech, kilang ini mendapat pentauliahan di bawah program Intel Copy Exactly!

Dijangkakan, lebih banyak pemprosesan Intel Coffee Lake berada di pasaran apabila kilang ini mula beroperasi kelak. Selain itu, harga bagi pemprosesan-pemprosesan yang terlibat juga turut menerima kesan. Pun begitu, kesannya tidaklah begitu ketara.

Kebanyakan pengeluaran pemprosesan Intel datangnya dari kilang pemasangannya di Pulau Pinang dan pembukaan operasi kilang di Chengdu, China pada 15 Disember 2017 ini bertujuan menyokong jumlah pengeluaran yang semakin meningkat berikutan pertambahan permintaan dari pengguna.

Sumber berita diperoleh dari AnandTech

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Mohon masukkan komen anda!
Masukkan nama anda di sini

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.