Baru-baru ini Apple telah menerbitkan iOS 11.1 untuk iPhone dan iPad, kemaskini besar (major) untuk iOS 11 sejak ianya pertama kali dilancarkan pada September lalu.

Menurut nota keluaran (release note) perisian berkenaan, iOS 11.1 akan memasukkan 70 emoji terbaru, mengembalikan sokongan akses ke pengalih aplikasi (app switcher) dengan menekan pada bucu paparan melalui 3D Touch. Bersama-sama fungsi berkenaan, turut dimuatkan beberapa pembaikan masalah pepijat (bug) dan penambahbaikan terbaru.

Pihak Apple turut menyertakan pembaikan keselamatan untuk mengatasi masalah serangan rangkaian tanpa wayar – KRACK – yang boleh digunakan untuk menyahsulit trafik Wi-Fi, merampas penyambungan, melancarkan serangan man-in-the-middle dan juga untuk tujuan pengintipan.

Bagi anda yang menggunakan iOS 11, anda boleh memuat turun kemaskini iOS 11.1 dengan pergi ke Settings > General > Software Update. Kemaskini ini tersedia untuk dimuat turun pada peranti-peranti seperti iPhone 5s dan ke atas, iPad Pros, iPad Air dan ke atas, dan iPad mini 2 dan ke atas.

Sebagaimana yang dinyatakan oleh 9to5Mac, pengenalan semula gerak isyarat berbilang sentuhan 3D Touch membenarkan pengguna menyentuh pada bucu hujung sebelah kanan dengan tekanan untuk menggunakan fungsi berbilang tugasan (multitasking). Juga, ia boleh digunakan dengan menekan dari kiri ke kanan untuk menukar ganti antara aplikasi-aplikasi.

iOS 11 dilancarkan pada September lalu dan membawakan perubahan besar terhadap iPad, seperti Files untuk menguruskan fail dan juga rekaan baru dok yang dikemaskini. Bagi iPhone pula, ia menawarkan rekaan baru untuk Control Center dan juga fungsi penyuntingan untuk foto langsung di dalam aplikasi Photos bersama-sama kemaskini lain.

Sumber berita diperoleh dari 9to5Mac

TINGGALKAN BALASAN

Mohon masukkan komen anda!
Masukkan nama anda di sini

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.