Lenovo dijangka menumpukan perhatian terhadap pengeluaran telefon pintar di bawah jenama Motorola di dalam masa terdekat ini. Pun begitu, syarikat berpangkalan di China ini memperkenalkan peranti terkini di bawah jenamanya sendiri untuk pasaran India – Lenovo K8 Note.

Melalui harga jualan yang rendah dengan spesifikasi yang bagus, K8 Note merupakan telefon pintar bajet yang perlu diambil perhatian. Tambahan pula, ia menggunakan sistem operasi Android 7.1.1 Nougat versi Stok menjadikan ianya lebih menarik.

Langkah ini selaras dengan hasrat Lenovo yang mensasarkan penghasilan telefon pintar dengan menggunakan sistem operasi Android versi Stok. Telefon pintar Lenovo untuk model-model yang akan datang tidak lagi menggunakan sistem operasi yang diubahsuai Lenovo, Vibe UI.

Dari segi spesifikasi pula, Lenovo K8 Note menawarkan paparan 1080p 5.5-inci, chipset lapan-teras MediaTek Helio X23 yang digandingkan dengan RAM 3GB, dua pilihan storan dalaman (32GB atau 64GB), satu slot kad mikroSD, penderia cap jari dan bateri berkapasiti 4,000mAh.

Untuk kameranya pula, telefon pintar ini hadir dengan sistem dwi-kamera dengan kamera 13MP berperanan sebagai lensa utama dan disokong dengan kamera 5MP yang bertindak sebagai penderia kedalaman. Manakala kamera hadapannya pula dilengkapi dengan kamera 13MP yang didatangkan bersama fungsi “Party Flash”.

Lenovo K8 Note akan hadir ke pasaran India bermula 18 Ogos ini. Model 32GB + 3GB akan dijual pada harga Rs 12,999 (lebih kurang RM870). Untuk model 64GB + 4GB pula, ia dijual dengan harga Rs. 13,999 (lebih kurang RM940).

Sumber berita diperoleh dari 9to5 Google

TINGGALKAN BALASAN

Mohon masukkan komen anda!
Masukkan nama anda di sini

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.