Intel secara rasminya telah mengumumkan bahawa pemprosesan Intel Core Generasi Kelapan akan didedahkan kepada umum sekitar penghujung bulan ini. Pengumuman ini hadir selepas kehadiran pelbagai desas-desus dan maklumat tertiris yang tersebar di internet untuk beberapa bulan sebelumnya.

Pendedahan pemprosesan Intel Core Generasi Kelapan ini sejajar dengan perancangan pihak Intel yang mahukan pemprosesan ini dilancarkan sekitar pertengahan tahun 2017.

Setakat ini tidak banyak maklumat yang dapat dikongsikan secara rasmi melainkan dakwaan yang mengatakan pemprosesan ini merupakan pemprosesan terpantas Intel setakat ini yang mampu menawarkan prestasi pemprosesan yang menakjubkan.

Acara pendedahan berkenaan akan disiarkan secara langsung melalui Facebook Live pada 21 Ogos ini, jam 11 malam waktu Malaysia.

Sumber berita diperoleh dari Intel

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Mohon masukkan komen anda!
Masukkan nama anda di sini

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.