WhatsApp kini membenarkan pengguna untuk menghantar apa jua jenis fail melalui sebuah kemaskini terbaru yang diterbitkannya. Buat masa ini saiz fail yang boleh dipindahkan masih lagi dihadkan sungguhpun pihak WhatsApp masih belum menyatakan secara terbuka.

Pengguna pada asalnya hanya dibenarkan untuk berkongsi imej dan dokumen PDF sahaja di dalam perbualan. Kini, melalui kemaskini terbaru ini semua jenis fail boleh dihantar asalkan ianya tidak melebihi 100MB. Terdapat desas-desus yang mengatakan pengguna iOS boleh menghantar fail yang bersaiz lebih besar.

Pemindahan fail ini turut berfungsi pada WhatsApp Web dan klien desktop. Kemudahan ini menjadikan pemindahan fail antara pengguna lebih pantas berbanding penggunaan emel. Walaupun begitu, mungkin terdapat sesetengah pengguna yang cenderung tidak memuat turun fail lampiran yang besar kerana boleh memberi kesan terhadap tahap penggunaan kuota data internet apabila menggunakan aplikasi perbualan ini pada peranti mudah alih.

Sumber berita diperoleh dari WhatsApp

1 KOMEN

TINGGALKAN BALASAN

Mohon masukkan komen anda!
Masukkan nama anda di sini

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.