Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) akan memantau kewujudan akaun palsu, serta akan menyiasat dan mengambil tindakan penguatkuasaan apabila perlu, ujar Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak.

Menurut beliau, sejak akhir-akhir ini banyak akaun media sosial palsu di Facebook dan Twitter yang diwujudkan dengan tujuan menyebarkan kandungan palsu yang bakal memberikan kesan buruk terhadap keadaaan sosial, kesejahteraan ekonomi serta keselamatan negara.

Beliau mengingatkan bahawa perkara ini terkandung di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 jika membuat atau mencipta kandungan yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik.

“Ia termasuk maklumat palsu mengenai isu politik melibatkan ahli politik di negara ini,” katanya kepada Bernama selepas selepas merasmikan mesyuarat perwakilan UMNO Bahagian Bera semalam.

Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak turut menyatakan bahawa isu ini tidak hanya berlaku di Malaysia sahaja.

Tambah beliau lagi, Facebook dilaporkan telah mengambil tindakan terhadap 30,000 akaun palsu di Perancis semasa pilihan raya Presiden negara berkenaan sebagai sebahagian daripada usaha untuk membendung penularan berita-berita palsu.

“Mana-mana portal atau kandungan web yang boleh dikategorikan sebagai media dalam talian perlu didaftar untuk membolehkan ia dipantau dan diambil tindakan jika melaporkan berita yang berunsur fitnah atau palsu,” katanya.

-Sumber berita diperoleh dari Bernama, Imej cover dari The Daily Meal

1 komen

  1. Kebebasan bersuara haruslah dinikmati dengan syarat tanggungjawab penuh dipikul tentang apa yang disuarakan.

    Sebelum menulis sesuatu secara maya, kita fikirkan, adakah perkara yang sama akan kita ucapkan kalau disuruh bercakap secara berdepan.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Mohon masukkan komen anda!
Masukkan nama anda di sini

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.