Neffos, jenama telefon pintar dari TP-Link telah memperkenalkan peranti terbarunya untuk pasaran Malaysia, Neffos X1 Lite. Sesuai dengan namanya, model ini merupakan jenis mesra bajet untuk Neffos X1. Pun begitu, ia masih lagi mengekalkan kerangka logam seperti yang terdapat pada X1.

Sungguhpun ia merupakan telefon pintar mesra bajet, X1 Lite boleh dikatakan memiliki spesifikasi yang agak bagus. Ia menawarkan paparan HD 5-inci, chipset MediaTek MT6750 lapan teras berserta RAM 2GB, storan 16GB yang turut menyokong penggunaan kad mikro SD, dan juga bateri 2,550mAh. Telefon pintar ini turut hadir dengan sistem operasi Android 7.0 Nougat. Sesuatu yang agak mengejutkan terutamanya dari telefon pintar mesra bajet seperti ini.

Untuk kamera pula, Neffos X1 Lite menawarkan kamera belakang 13MP, f/2.0 dengan fokus auto pengesan fasa dan kamera hadapan 5MP. Ia turut dilengkapi dengan penderia cap jari pada bahagian belakangnya. Untuk warna pula, ia hadir dengan dua pilihan warna, Cloudy Grey dan Sunrise Gold.

X1 Lite boleh diperolehi di kesemua pengedar dan wakil jualan yang sah di seluruh Malaysia bermula dari bulan Ogos ini. Telelfon pintar ini turut dijual secara atas talian melalui Lazada dan setiap pembelian melalui portal berkenaan akan mendapat sama ada “Neffos Premium Gift Box” atau “Fazbulous Warrior T-shirt” yang ditandatangani oleh Fazura, duta telefon pintar Neffos.

Neffos X1 Lite dijual pada harga RM499 dan sekaligus menjadikannya salah satu telefon pintar Android mesra bajet di Malaysia.

Sumber berita diperoleh dari New Straits Times, Imej dari Shiraz Ali

TINGGALKAN BALASAN

Mohon masukkan komen anda!
Masukkan nama anda di sini

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.