Maybank telah memperkembangkan penawaran perkhidmatannya melalui Maybank2u dengan kini merangkumi Steam Wallet, MOLPoints dan MyCard. Perkhidmatan ini memudahkan urusan transaksi buat pengguna yang selama ini bergantung dengan penggunaan kad debit untuk tujuan pembelian atas talian.

Transaksi ini boleh dilakukan melalui laman web Maybank2U dan juga aplikasi mudah alih. Bagaimanapun, tambah nilai pembelian perkhidmatan-perkhidmatan seperti Steam Wallet dan MOLPoints tidak akan dimasukkan terus ke akaun berkenaan. Sebaliknya pengguna akan menerima kod tambah nilai menerusi SMS yang akan digunakan untuk menambah nilai pada akaun dompet digital berkenaan.

Ciri terbaru ini membolehkan para pelanggan Maybank yang tidak memiliki kad kredit membuat pembelian permainan melalui Steam. Hal ini berikutan kad debit Maybank telah ditetapkan secara default untuk menyekat sebarang transaksi yang melibatkan pembelian melalui platform permainan popular berkenaan.

Sumber berita diperoleh dari Laman Web Maybank2u

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Mohon masukkan komen anda!
Masukkan nama anda di sini

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.