Telefon pintar berkapasiti RAM 8GB dan storan dalaman 128GB ini, Asus Zenfone AR secara rasminya telah memasuki pasaran Malaysia pada harga RM3,799. Ia kini telah pun disenaraikan di portal membeli belah atas talian, Lazada.

Telefon pintar ini turut berkeupayaan menyokong Project Tango dan merupakan telefon pintar kedua yang mempunyai kebolehan seumpamanya selepas Lenovo Phab 2 Pro.

Selain disenaraikan di Lazada, laman rasmi Asus Malaysia turut menyenaraikan Asus Zenfone AR untuk pembelian secara atas talian.

Oleh kerana harga yang diletakkan pada telefon pintar Android ini adalah amat tinggi, ia turut didatangkan bersama-sama spesifikasi yang tinggi termasuklah RAM 8GB dan storan dalaman 128GB. Sungguhpun begitu, telefon pintar ini hadir dengan chipset Qualcomm Snapdragon 821, SoC flagship Qualcomm pada tahun 2016.

Lain-lain ciri padanya termasuklah paparan Super AMOLED 5.7-inci 1440p, bateri 3,300mAh (menyokong fungsi pengecasan pantas), kamera belakang 23MP f/2.0 dengan penstabilan optikal imej, serta kamera hadapan 8MP f/2.0.

Telefon pintar dari Asus yang menyokong penggunaan teknologi realiti imbuhan dan realiti maya ini menggunakan sistem tiga kamera bagi membolehkan fungsinya. Ia bakal dijual dengan harga RM3,799 dan bakal hadir ke pasaran bermula pada 10 Julai ini.

Spesifikasi Asus Zenfone AR

  • Chipset: Qualcomm Snapdragon 821
  • RAM: 8GB
  • Storan dalaman: 128GB
  • Paparan: Super AMOLED 5.7-inci 1440p
  • Bateri: 3,300mAh (menyokong fungsi pengecasan pantas)
  • Kamera belakang: 23MP f/2.0 dengan penstabilan optikal imej
  • Kamera hadapan: 8MP f/2.0
  • Harga Asus Zenfone AR: RM3,799

Sumber berita diperoleh dari The Star Online

TINGGALKAN BALASAN

Mohon masukkan komen anda!
Masukkan nama anda di sini

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.