Salah satu faktor yang memberi kesan terhadap kualiti sambungan internet anda adalah tetapan pada sambungan Wi-Fi anda. Untuk itu, TM telah pun menerbitkan sebuah aplikasi percuma yang bertujuan membantu pengguna mendapatkan sambungan Wi-Fi yang optimum.

Dibangunkan oleh bahagian penyelidikan dan pembangunan TM, aplikasi WiFi Optimiser Tool mampu mendapatkan punca untuk sebarang isu yang terdapat pada rangkaian anda dalam tempoh 30 saat. Antara analisis yang dijalankan oleh aplikasi ini termasuklah, kekuatan isyarat rangkaian, bilangan peranti yang bersambungan dan bilangan rangkaian Wi-Fi yang berhampiran dengan premis pengguna.

Aplikasi ini juga mampu menjana laporan yang menerangkan keadaan rangkaian Wi-Fi pengguna secara sepintas lalu disamping turut menyarankan perubahan-perubahan yang perlu dilakukan oleh pengguna untuk mengoptimumkan sambungan rangkaian.

Bagaimanapun, TM WiFi Optimiser Tool ini hanya boleh digunakan pada rangkaian yang menggunakan talian UniFi dan Streamyx. Buat masa ini, aplikasi ini juga hanya terdapat untuk Android sahaja.

Sumber berita diperoleh dari Google Play

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Mohon masukkan komen anda!
Masukkan nama anda di sini

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.