Sekitar tiga minggu lalu, jenama spin off dari ZTE, Nubia telah mendedahkan telefon pintar flagshipnya, Z17 di China. Sungguhpun ianya jenama spin off, ia menawarkan spesifikasi premium melalui penggunaan chipset  Qualcomm Snapdragon 835 dan RAM 8GB.

Selain itu, Nubia Z17 turut menawarkan penggunaan sistem dwi-kamera untuk bahagian kamera belakangnya dengan menggabungkan kamera 23 megapiksel dan 12 megapiksel. Kamera-kamera ini turut dilengkapi dengan masing-masing lensa f/2.0 dan f/1.8. Tidak cukup dengan itu, kamera belakang telefon pintar ini turut diberi keupayaan melakukan zoom optikal 2x dan foto kedalaman medan (depth-of-field).

Tidak ketinggalan, kamera hadapan Nubia Z17 dilengkapi dengan penderia 16 megapiksel, lensa f/2.0 dan bersudut lebar dengan 5 elemen.

Z17 turut hadir dengan paparan 5.5 inci HD penuh, lengkap dengan sedikit kemasan bezel pada bucunya. Telefon pintar ini ditawarkan di Malaysia dengan kapasiti RAM 8GB dan storan dalaman 128GB walaupun terdapat pilihan 6GB/64GB dan 6GB/128GB untuk pasaran China.

Untuk kapasiti bateri, telefon pintar ini menawarkan 3,200 mAh. Apa yang sedikit aneh pada telefon pintar kalis air yang menggunakan sistem operasi Android ini adalah tiada sebarang jack audio 3.5 mm ditempatkan padanya.

Telefon pintar Nubia Z17 dijangka hadir ke pasaran Malaysia sekitar bulan Ogos 2017.

Sumber berita diperoleh dari Soya Cincau

TINGGALKAN BALASAN

Mohon masukkan komen anda!
Masukkan nama anda di sini

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.