iPhone 6 32GB telah hadir memasuki ke pasaran Malaysia sudah berbulan lamanya. Pada asalnya, ia hadir dengan harga RM1,999 dan kemudian mengalami penurunan harga pada RM1,699 sebulan berikutnya. Kini, anda boleh mendapatkannya pada harga serendah RM138 melalui kontrak pasca bayar, Digi Postpaid.

Digi menawarkan iPhone 6 32GB melalui pelan pakej Digi Postpaid 78, 108 dan 138 yang diikat bersama-sama kontrak 24 bulan. Pelan ini hadir dengan panggilan tanpa had ke semua rangkaian dan data 12GB, 18GB dan 24GB untuk setiap bulan.

Pakej iPhone 6 32GB Digi  (kontrak 24 bulan) Digi Postpaid 78 Digi Postpaid 108 Digi Postpaid 138
Bayaran Bulanan RM78 RM108 RM138
Data (Hari Biasa + 4G Hujung Minggu) 6GB +6GB 9GB + 9GB 12GB + 12GB
Panggilan Percuma Tanpa had ke semua rangkaian
SMS Percuma 200 400 1000
Kadar SMS 10sen/SMS
Harga iPhone 6 32GB RM888 RM398 RM138

iPhone 6 32GB merupakan di antara salah satu iPhone terkini yang terdapat di pasaran buat masa ini. Ianya sama seperti iPhone 6 asal yang pertama kali dilancarkan pada September 2014 yang lalu.

Bagaimanapun, 32GB ini adalah pilihan storan yang terbaru dan hanya terdapat di sesetengah negara sahaja. Di Malaysia, ia hanya dijual melalui wakil jualan Apple yang sah dan syarikat-syarikat telco tempatan sahaja. Pun begitu, kedai atas talian Apple Malaysia tidak menawarkan telefon pintar ini.

Sumber info diperoleh dari Digi

1 KOMEN

TINGGALKAN BALASAN

Mohon masukkan komen anda!
Masukkan nama anda di sini

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.