Western Digital telah mendedahkan terbarunya yang dinamakan sebagai My Passport SSD dan ia merupakan produk SSD mudah alih pertama yang dikeluarkan oleh syarikat yang sinonim sebagai pengeluar hard disk. Salah satu ciri menarik My Passport SSD adalah kesesuaiannya untuk digunakan pada kedua-dua sambungan, USB Type-A dan USB Type-C.

Atas sebab itu, storan mudah alih ini mempunyai kelajuan pemindahan data sehingga 515Mbps apabila menggunakan sambungan USB Type-C. Selain itu, data-data yang disimpan di dalam My Passport SSD boleh dijadikan lebih selamat melalui enkripsi AES Hardware 256-bit yang terbina dalam. Western Digital turut menyatakan storan mudah alih ini mampu bertahan jika terjatuh pada ketinggian sehingga 1.98 meter, menjadikannya lebih tahan lasak.

Hard disk mudah alih Western Digital ini hadir dengan tiga pilihan storan – 256GB, 512GB dan 1TB. Bagi jenis 256GB ia ditawarkan pada harga US$99.99 (lebih kurang RM443), manakala jenis 512GB pula diletakkan pada harga US$199.99 (lebih kurang RM887) dan kapasiti pilihan storan paling besar pula My Passport SSD, 1TB, pula ditandakan dengan harga US$399.99 (menjangkau RM1,774).

Western Digital mengambil masa yang ‘agak lama’ untuk mengeluarkan SSD mudah alih di bawah jenamanya memandangkan Samsung sudah bertahun-tahun lebih awal telah mengeluarkannya. Apa pun, melalui kehadiran storan SSD mudah alih terbaru Western Digital ini, dijangkakan dapat memberikan lebih pilihan buat pengguna untuk mendapatkan tawaran storan mudah alih yang lebih berkualiti pada harga yang kompetitif.

Sumber berita diperoleh dari Western Digital

 

1 KOMEN

TINGGALKAN BALASAN

Mohon masukkan komen anda!
Masukkan nama anda di sini

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.