Sejak hampir dua dekad sejak pertama kali diterbitkan, permainan strategi masa nyata popular keluaran Blizzard Entertainment, StarCraft kini boleh dimuat turun secara percuma bersama-sama judul kesinambungannya, Brood War.

Turut disertakan bersama, patch 1.18 yang boleh didapati untuk pengguna PC dan Mac. Versi terkini permainan ini amat serasi dimainkan pada Windows 7, Windows 8.1 dan Windows 10 serta menawarkan fungsi-fungsi lain seperti mod tetingkap, memudahkan carian permainan lain secara atas talian melalui bahagian ‘Popular Maps’ dan meningkatkan tahap respon sewaktu permainan mod berbilang pemain.

Ini merupakan masa yang sesuai untuk pemain baru yang berminat untuk mengetahui secara lebih lanjut tentang permainan RTS yang amat popular ini. Tambahan pula, penawaran Starcraft percuma ini sesuai dengan langkah Blizzard Entertainment yang akan menawarkan Remastered Edition permainan ini tidak lama lagi. Remastered Edition bakal menawarkan penambahbaikan pada grafik dengan grafik 4K, kualiti sinematik 1080p, audio yang dipertingkatkan kualiti, serta sistem matchmaking yang baru.

Anda boleh memuat turun StarCraft secara percuma melalui halaman ini.

TINGGALKAN BALASAN

Mohon masukkan komen anda!
Masukkan nama anda di sini

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.