Pada 8 April ini, kesemua kaunter perkhidmatan pasport di seluruh negara akan ditutup berikutan kerja-kerja penaiktarafan Sistem Imigresen Malaysia (Malaysian Immigration System, myIMMS).

Jabatan Imigresen melalui satu kenyataan dikeluarkan, telah memaklumkan kaunter-kaunter di ibu pejabat dan cawangan-cawangan termasuk di Pusat Tranformasi Bandar (Urban Transformation Centres, UTC) dan Pusat Transformasi Luar Bandar (Rural Transformation Centre, RTC) dari 12 tengah malam hingga 11.59 malam.

‘‘Untuk makluman, kerja-kerja naik taraf Jabatan Imigresen bertujuan meningkatkan lagi kualiti capaian terhadap sistem utama JIM.

‘‘Sehubungan itu, sepanjang tempoh masa kerja-kerja ini dijalankan, capaian terhadap sistem myIMMS akan mengalami gangguan,’’ menurut kenyataan berkenaan.

Sistem Imigresen Malaysia (myIMMs) yang bernilai RM10.3 juta, sebelum ini telah dipasang di depot tahanan imigresen seluruh negara bagi tujuan penyaringan pendatang tanpa izin (PATI).

-Sumber berita diperoleh dari The Star, Imej cover diperoleh dari fazrol.com

TINGGALKAN BALASAN

Mohon masukkan komen anda!
Masukkan nama anda di sini

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.