Masalah lupa kata laluan adalah perkara yang sering berlaku pada mana-mana pengguna PC dan ia tentunya mendatangkan masalah terutamanya apabila berhadapan dengan tugas-tugas yang kritikal. Bagaimanapun, bagi pengguna Windows 7, melakukan reset kata laluan adalah perkara yang mudah. Asalkan anda mempunyai DVD instalasi sistem operasi berkenaan.

Pun begitu, cara untuk reset kata laluan ini tidak dapat dilakukan pada komputer Windows 10 yang dilog masuk menggunakan akaun Microsoft. Hal ini kerana reset kata laluan untuk akaun Microsoft perlu dilakukan pada pelayannya dan bukan pada PC berkenaan.

Reset kata laluan Windows yang telah anda terlupa

Boot dengan menggunakan DVD instalasi Windows dan pilih “Repair your computer” pada sudut bawah sebelah kiri anda.

Ikuti langkah seterusnya hingga paparan tetingkap berserta pilihan untuk membuka Command Prompt muncul.

Pertama sekali, taipkan arahan berikut pada command prompt untuk menyalin fail ‘kekunci lekat’ (sticky keys) yang asal;

  • copy c:\windows\system32\sethc.exe c:\

Kemudian, salin cmd.exe di atas fail sethc.exe dengan menaipkan arahan ini pula;

  • copy c:\windows\system32\cmd.exe c:\windows\system32\sethc.exe

Sekarang anda boleh reboot semula PC anda.

Reset kata laluan

Pada skrin login, tekan kekunci Shift sebanyak 5 kali dan seterusnya paparan command prompt administrator akan muncul.

Untuk reset semula kata laluan, taipkan arahan berikut dengan menggantikan nama pengguna dan kata laluan mengikut kesesuaian anda.

  • net user NamaPengguna KataLaluanAnda

Selepas itu, anda boleh log semula ke Windows dengan menggunakan kata laluan baru yang anda telah tetapkan.

Langkah terakhir yang perlu anda lakukan untuk meletakkan semula fail sethc.exe yang asal dengan reboot melalui DVD instalasi. Buka command prompt dan salin fail c:\sethc.exe ke c:\windows\system32\sethc.exe.

2 KOMEN-KOMEN

TINGGALKAN BALASAN

Mohon masukkan komen anda!
Masukkan nama anda di sini

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.