Dilancarkan untuk pasaran Malaysia pada Januari yang lalu, Xiaomi Redmi 4A hanya menawarkan model storan 16GB sahaja. Bagaimanapun, bagi pengguna yang berkehendakkan storan yang lebih besar, model 32GB telefon pintar ini akan menemui pengguna di Malaysia bermula esok 18 Mac 2017.

Pengumuman ini dibuat melalui halaman Facebook rasmi Xiaomi Malaysia pada Selasa baru-baru ini. Menurutnya, Xiaomi Redmi 4A bakal hadir dengan dua pilihan warna; Gold (Emas) dan Dark Grey (Kelabu Pekat).

Selain dari storan yang lebih besar, spesifikasi-spesifikasi lain masih lagi sama dengan Xiaomi Redmi 4A 16GB. Antaranya termasuklah  paparan HD 5-inci, pemprosesan empat teras Qualcomm Snapdragon 425 bersama-sama RAM 2GB, satu slot kad mikroSD (mampu menyokong sehingga 128GB), kamera belakang 13MP rear dan kamera hadapan 5MP dan akhir sekali, bateri berkapasiti 3,120mAh.

Xiaomi turut dijangkakan akan membawakan model 64GB dengan RAM 4GB untuk Xiaomi  Redmi Note 4 dalam masa yang terdekat ini.

Spesifikasi Xiaomi Redmi 4A

  • Pemprosesan: Qualcomm Snapdragon 425 empat teras
  • Paparan: HD 5-inci, 72% NTCSC color gamut
  • Memori: 2GB,
  • Storan: 32GB dengan 1 x slot kad mikroSD (mampu menyokong sehingga 128GB),
  • Kamera belakang: 13MP f/2.2 5
  • Kamera hadapan: 5MP
  • Bateri: 3,120mAh (mampu bertahan sehingga 7 hari masa bersedia)
  • Kad SIM: Dwi-SIM 4G
  • Berat: 131.5g
  • Harga: RM509

Sumber maklumat diperoleh dari Facebook Xiaomi Malaysia

2 KOMEN-KOMEN

TINGGALKAN BALASAN

Mohon masukkan komen anda!
Masukkan nama anda di sini

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.