Sony baru sahaja mendedahkan kad SD terbaru keluarannya semalam melalui kad SDXC SF-G Series UHS-II yang yang dikatakan paling pantas setakat ini. Kad SD ini dijangka akan hadir sekitar awal pertengahan tahun ini dan akan dijual dengan tiga pilihan kapasiti, 32GB, 64GB, dan 128GB. Ia juga menawarkan kelajuan menulis sehingga 299 MB/s dan kelajuan membaca sehingga 300MB/s.

Masih lagi tiada lagi berita tentang harganya setakat ini, namun dijangkakan ianya boleh dikategorikan sebagai mahal. Seperti biasa, kad SD berprestasi tinggi seperti ini mensasarkan kepada pasaran fotografi.

Menurut Sony, kad SD ini sangat sesuai digunakan ketika penggambaran selanjar (continuous shooting) berkelajuan tinggi bagi imej beresolusi tinggi untuk kamera dan video 4K yang menyokong UHS-II. Algoritma pada kad SD ini juga mencegah kemerosotan kelajuan menulis data sewaktu ia digunakan untuk penggambaran selanjar.

Sebagai tambahan, Sony turut akan mengeluarkan pembaca kad UHS-II, MRW-S1, yang menggunakan sambungan USB 3.1 Gen 1 untuk pemindahan data. Aksesori ini juga bakal hadir menjelang pertengahan tahun dengan harganya pun masih belum diumumkan.

Jika pengguna secara tidak sengaja memadam fail atau berlaku kerosakan fail yang di dalam kad SD berkenaan, program Sony File Rescue boleh digunakan untuk membantu mendapatkan semula fail-fail tersebut.

Sungguhpun kad SD SonySF-G Series UHS-II adalah yang paling laju di dunia setakat ini, gelaran tersebut mungkin tidak akan kekal lama. Sekarang ini pun, San Disk dengan kad SD Extreme Pro SD UHS-II mempunyai kelajuan membaca yang sama dengan kad SD keluaran Sony. Cuma pada kelajuan menulisnya sahaja yang kurang sedikit pada 260MB/s. Kad SD San Disk ini juga hadir dalam tiga pilihan kapasiti, 32GB, 64GB, dan 128GB.

Sumber berita diperoleh dari Techno Buffalo

1 KOMEN

TINGGALKAN BALASAN

Mohon masukkan komen anda!
Masukkan nama anda di sini

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.