Walaupun baru sahaja melancarkan telefon pintar V5 untuk pasaran Malaysia November lalu, Vivo telah mengesahkan akan hadir satu lagi model baru untuk pasaran sini tidak lama lagi. Dikenali sebagai Vivo V5 Plus, telefon pintar ini dilengkapi dengan dwi-kamera untuk kamera hadapannya.

Pelancarannya dijadualkan pada 20 Januari 2017 dan sebelum ini pihak Vivo telah memaklumkan akan kehadiran telefon pintar model terbaru ini sejak November tahun lepas.

Selain dari penggunaan dua penderia berbeza untuk 20 MP dan 8 MP, kamera hadapannya kelihatan mirip dengan X9 Plus yang hanya untuk pasaran China sahaja.

Telefon pintar ini juga dijangkakan hadir dengan paparan 5.5 inci HD penuh, pemproses Snapdragon 652, RAM 4GB dan storan dalaman 64GB. Selain itu, baterinya berkapasiti 3,300 mAh serta menyokong fungsi Quick Charge untuk pengecasan pantas.

Sehingga itu, sama-sama kita tunggu 20 Januari 2017 untuk maklumat terperinci berkaitan spesifikasi telefon pintar V5 Plus ini.

Sumber berita diperoleh dari Androidpure

1 KOMEN

TINGGALKAN BALASAN

Mohon masukkan komen anda!
Masukkan nama anda di sini

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.