Whatsapp tidak lagi boleh digunakan pada telefon pintar yang menggunakan sistem operasi Android, iOS dan Windows Phone versi lama. Bagaimanapun, jumlah pengguna yang bakal menerima kesan dari perubahan ini dijangka tidak begitu besar. Ini memandangkan perubahan ini tertakluk pada telefon pintar yang menggunakan sistem operasi Android 2.2 Froyo, iOS 6 dan Windows Phone 7 ke bawah. Pengguna-pengguna yang masih lagi menggunakan sistem operasi seperti yang dinyatakan bakal tidak dapat menggunakan Whatsapp menjelang 2017 nanti.

Februari lepas, Whatsapp mengumumkan akan menghentikan sokongan terhadap telefon pintar yang menggunakan sistem operasi versi lama.

Langkah ini bertujuan memastikan ciri-ciri terbaru yang disertakan bersama kemaskini terbaru Whatsapp dapat diimplementasikan. Ciri terbaru seperti sokongan panggilan video dan lain-lain tentunya akan membebankan perkakasan telefon pintar versi lama ini.

Pun begitu, pengguna yang menggunakan BlackBerry OS 10, Nokia Symbian S40 dan S60 masih boleh menarik nafas lega kerana Whatsapp masih lagi menyokong peranti-peranti berkenaan sehingga Jun 2017.

Sumber berita diperoleh dari Yahoo

2 KOMEN-KOMEN

TINGGALKAN BALASAN

Mohon masukkan komen anda!
Masukkan nama anda di sini

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.