Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC) akan mewujudkan hab permainan di Bangsar South. Turut serta dalam menjayakan hasrat MDEC ini, UOA Holdings akan menyediakan infrastruktur untuk hab berkenaan disamping melakukan kerja-kerja promosi.

Memorandum persefahaman di antara MDEC dan UOA Holdings telah ditandatangani pada minggu lepas bagi memeterai perjanjian untuk mempromosikan pembangunan permainan di seluruh negara. Selama ini MDEC merupakan penggerak utama di dalam membentuk Malaysia sebagai ke arah salah satu kuasa di dalam industri permainan. Industri dijangka akan mencatatkan pertumbuhan sehingga RM868 juta menjelang tahun 2017.

CEO MDEC, Dato Yasmin Mahmood menyanjung tinggi usaha sama ini melalui kenyataan berikut;  “Malaysia has an exceptional talent pool for the game industry, and the world is beginning to sit up and take notice. It is important that we continue to press forward in building a world-class ecosystem that enables our local talents to strive for excellence, putting us on the path to becoming the Game Hub for the region. The programs and initiatives that we have – together with excellent infrastructure and facilities provided by UOA Holdings – will allow our local talents to come together to learn and grow their skills in a conducive, competitive environment.”

Sebahagian daripada kejayaan ini turut disumbangkan oleh pembangun-pembangun dari luar negara seperti Streamline Studios dan Bandai Namco yang turut membuka premisnya di Malaysia. Streamline Studios adalah di antara studio yang menjayakan sebahagian dari Final Fantsy XV.

Pada masa yang sama, MDEC sedang berusaha mengembangkan industri permainan tempatan dengan membawa pakar-pakar melalui program yang dikenali sebagai Level Up. Persidangan Level Up yang baru dilangsungkan di Kuala Lumpur baru-baru telah berjaya mengumpulkan 500 individu dari pelbagai latar belakang industri permainan bagi membincangkan hala tuju industri.

Sumber berita dan imej diperoleh dari The Star

TINGGALKAN BALASAN

Mohon masukkan komen anda!
Masukkan nama anda di sini

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.