Sekatan internet pada laman-laman web tertentu oleh sesetengah organisasi dapat membendung kegiatan-kegiatan lagho seperti melayari laman sosial Facebook atau menonton video Youtube. Langkah ini dapat meningkatkan produktiviti organisasi disamping pada masa yang sama memudahkan pengurusan bandwidth sesebuah rangkaian di dalam organisasi.

Pun begitu, sesetengah sekatan-sekatan yang dikenakan oleh pihak pentadbir rangkaian ini masih lagi boleh ditembusi oleh pengguna biasa-biasa sahaja tanpa pengetahuan IT yang mendalam. Sudah menjadi lumrah manusia, akan ada segelintir golongan yang akan tetap jua melanggar peraturan walaupun sudah ditegah.

Kalau dah perangai tu memang suka ‘fly’, sekat macam mana pun boleh tembus jugak. Sedang pagar berduri asrama masa sekolah dulu pun boleh dipanjat keluar, inikan pula firewall network kat pejabat.

Antara teknik yang biasa digunakan oleh pengguna biasa untuk menembusi sekatan-sekatan laman web di dalam organisasi adalah;

Menjadi Anonymous dengan menggunakan laman-laman proksi

Sesetengah rangkaian menyekat akses terhadap laman-laman tertentu yang dirasakan tidak mendatangkan manfaat kepada pengguna di dalam organisasi berkenaan. Oleh itu, untuk melepasinya pengguna boleh menggunakan laman web proksi tertentu.

Terdapat ratusan laman-laman proksi di dalam carian Google yang boleh digunakan. Laman proksi ini bertindak sebagai orang tengah diantara pengguna dan server laman yang ingin dikunjungi. Laman web proksi akan mensamarkan (camouflage) laman yang disekat dari ISP, seterusnya membolehkan anda mengakses ke laman berkenaan.

Contoh laman-laman web proksi adalah;

Guna VPN

Rangkaian Proksi Maya atau ringkasnya VPN (Virtual Proxy Network) membenarkan peranti anda disambung ke rangkaian lain di dalam internet secara selamat. VPN juga membolehkan anda melayari laman web tertentu dari rumah anda, tapi menggunakan alamat IP yang bukan alamat IP rangkaian rumah anda. Entah alamat IP dari negara mana yang ditibainya.

VPN bertindak sebagai terowong yang mengubah data anda agar kelihatan mempunyai nilai seperti ‘sampah sarap’ yang menyukarkan mana-mana pihak untuk menjejak dan mengecamnya. Terdapat banyak perkhidmatan VPN yang ditawarkan pada harga yang berpatutan ditawarkan sekarang ini.

Bagi anda yang inginkan lebih tahap keselamatan, anda mungkin boleh mencuba menggabungkan penggunaan VPN dengan TOR.

Menggunakan alamat IP, dan tidak menggunakan URL

Laman-laman web yang disekat sesetengahnya ditetapkan dengan menggunakan alamat URLnya sahaja dan tidak disimpan dalam bentuk alamat IP. Bagi mendapatkan alamat IP bagi mana-mana laman web, anda boleh menaip ping <masukkan URL> pada command prompt (pengguna Windows) anda. Gunakan alamat IP yang muncul dari arahan berkenaan dan masukkannya ke dalam ruang alamat pada pelayar anda.

Bagaimanapun, cara ini tidak boleh digunakan jika domain laman web yang anda ingin kunjungi berkenaan telah melindungi alamat IP nya.

Tukar proksi rangkaian di dalam tetapan Pelayar

Sesetengah organisasi mungkin mempunyai lebih dari satu proksi untuk sesebuah rangkaian. Jadi, terdapat sesetengah keadaan di mana laman-laman web tertentu disekat pada satu proksi, tetapi boleh diakses pada proksi yang lain.Proxy-Settings

Mematikan tetapan proksi rangkaian boleh diperoleh dengan pergi pada tetapan pelayar anda. Anda boleh mencuba pada pilihan ‘no proxy’ atau pada proksi-proksi lain yang membenarkan akses tanpa sekatan di dalam rangkaian anda.

Guna Google Translate

Jarang Google Translate disekat oleh pentadbir rangkaian. Oleh itu, anda boleh cuba mengakses ke laman web yang disekat melalui Google Translate. Walaupun ianya kelihatan janggal, sekurang-kurangnya anda masih lagi dapat melihat maklumat-maklumat tertentu pada laman yang disekat berkenaan.

Memintas dengan Pemalam

Cara paling mudah untuk melepasi sekatan internet adalah menggunakan pemalam pelayar seperti Hola atau Proxmate. Cuma, pemalam ini agak kontroversi sedikit kerana dikatakan mengambil data-data pengguna untuk dikongsikan dengan pihak ketiga tanpa pengetahuan pengguna.

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.