Bagi anda pengguna peranti Nexus, ini adalah masanya untuk anda memeriksa sama ada peranti anda sudah menerima kemaskini Android 7.0 Nougat. Kemaskini ini boleh didapati dalam bentuk ”over-the-air” dan boleh dimuat turun bermula hari ini.

Kemaskini Android 7.0 kini boleh didapati pada peranti-peranti Android yang terpilih termasuklah Nexus 6P, Nexus 5X, Nexus 6, Nexus Player, Nexus 9, Pixel C dan peranti Android One. Peranti-peranti yang terlibat di dalam program Android Beta Program juga boleh menerima kemaskini ini.

Terdahulu, sewaktu acara Google I/O 2016 yang lalu telah dimaklumkan bahawa melalui kemaskini ini, pemasangan aplikasi menjadi 75 peratus lebih pantas dari versi sebelumnya disamping saiz aplikasi-aplikasi dikecilkan sehingga 50 peratus lebih kecil.

Selain itu, Android 7.0 Nougat turut menampilkan pelbagai penambahbaikan dan fungsi-fungsi baru. Antaranya, ia lebih produktif, membenarkan dua aplikasi dijalankan serentak, membalas terus notifikasi tanpa perlu membuka aplikasinya, serta membolehkan anda saling bertukar-tukar antara dua aplikasi terkini digunakan dengan mengetik dua kali pada butang “Overview”.

Kemaskini sistem operasi ini juga diperkasakan dengan lebih ciri-ciri keselamatan, antaranya enkripsi berasaskan fail dan “Direct Boot”.

Lain-lain penambahbaikan termasuklah, emoji-emoji baru, kawalan “Quick Settings” baru, sokongan “multi-locale”, fungsi “Doze” yang dipertingkatkan bagi hayat bateri yang lebih panjang serta banyak lagi.

-Sumber berita diperoleh dari Google

TINGGALKAN BALASAN

Mohon masukkan komen anda!
Masukkan nama anda di sini

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.