Apabila anda membeli komputer baru, adalah mustahak untuk anda mengetahui jenis labuhan output paparan yang boleh disokongnya. Ia berguna untuk kegunaan di masa akan datang seperti menaik taraf perkakasan atau untuk disambungkan ke paparan tambahan lain seperti projektor dan sebagainya.

Kebanyakan projektor model yang ada hari ini memiliki banyak labuhan yang terdiri dari pelbagai jenis input. Paling biasa yang dapat kita lihat adalah HDMI, DVI dan VGA. Ketiga-tiga jenis input paparan visual ini merupakan yang paling popular digunakan pada ketika ini.

VGA

VGA, atau Video Graphics Array adalah jenis yang paling kerap digunakan. Mula dihasilkan secara meluas pada tahun 1987, VGA sudah agak sinonim dengan cara penyambungan paparan visual komputer. Walaupun ia agak ketinggalan zaman, ia masih lagi hadir pada perkakasan-perkakasan komputer terkini kerana ianya sudah menjadi kelaziman untuk digunakan sebagai input/output paparan visual.Kable VGA

Kabel VGA menggunakan isyarat analog pada frequensi yang amat tinggi dan secara relatifnya ia mampu mencapai pelbagai julat resolusi video. Bagaimanapun, kualiti video yang dipaparkan amat bergantung kualiti kabel yang digunakan.

Penyambung VGA mengandungi 15 pin yang disusun mengikut garis mengufuk dan hadir dalam bentuk trapezoid. Pada kebiasaannya, warna biru menjadi pilihan untuk labuhan dan penyambung paparan visual jenis ini.

DVI

Kabel DVIDianggap sebagai pewaris kepada VGA dan kini jumlah DVI semakin banyak hadir pada komputer-komputer, monitor dan projektor. Namun, ia tidak begitu popular sepertimana VGA.Jenis Penyambung DVI

Kabel penyambungan DVI mempunyai masalahnya tersendiri iaitu ia mempunyai jenis-jenis tertentu-tertentu untuk kegunaan-kegunaan tertentu dan ianya terbahagi kepada tiga jenis:

  • DVI-I (terintegrasi, gabungan digital dan analog dalam satu penyambungan; digital mungkin single atau dual link)
  • DVI-D (digital sahaja, single link atau dual link)
  • DVI-A (analog sahaja)

Fungsinya juga spesifik mengikut jenis sambungan DVI tersebut, misalnya, jenis penyambung DVI-I dan DVI-D boleh digunakan untuk memaparkan video digital yang belum dimampatkan. Hanya penyambung DVI-A sahaja yang tidak boleh. Untuk maklumat lanjut berkenaan spesifikasi lengkap penyambungan DVI ini, anda boleh merujuk di Wikipedia.

HDMI

Kabel HDMIJika DVI dianggap pewaris kepada VGA, HDMI pula boleh dianggap sebagai pewaris kepada DVI. Ia lebih mudah dikenali kerana kemunculan televisyen berdefinisi tinggi selain dari faktor saiznya yang lebih kompak dan kecil dibandingkan dengan DVI. Labuhan sambungan HDMI semakin banyak muncul pada peranti-peranti perkomputeran dan juga peralatan elektronik hiburan rumah seperti televisyen dan pemain Blu-Ray.

HDMI seperti juga DVI, direka untuk melakukan transmisi digital data yang belum dimampatkan. Selain dari mampu membawa isyarat video, HDMI juga mampu membawakan isyarat audio digital (dimampatkan atau tidak dimampatkan) sehingga lapan saluran.

Sebenarnya, terdapat lima jenis sambungan HDMI yang berlainan bentuk. Namun, untuk kegunaan umum, kebanykan yang ditawarkan di pasaran dan yang digunakan pada peralatan-peralatan pengguna biasa adalah dari jenis A.

1 komen

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.