Anda kini boleh membuka dokumen-dokumen Word, Excel dan PowerPoint yang disimpan di dalam Google Drive terus dari perisian Microsoft Office untuk Windows. Google Drive dan Microsoft Office kini boleh berintegrasi antara satu sama lain tanpa sebarang masalah demi kemudahan pengguna di kedua-dua belah pihak.

Pemalam baharu untuk Google Drive yang diumumkan Selasa lalu bukan sahaja membolehkan anda membuka dokumen-dokumen Office secara terus, malah membolehkan anda menyimpan sebarang perubahan yang dilakukan dan meletakkan kembali ke storan Google Drive.

”Fungsi ini amat berguna untuk berkongsi fail sesama rakan sekerja atau untuk membolehkan anda mengakses fail anda dari mana-mana peranti anda (This is especially useful for sharing files with teams, or for accessing your files across devices),” ujar Darrel Kuhn, Pengurus Teknikal Program Pemalam Google Drive di dalam satu kenyataan rasmi di dalam sebuah blog.

Perkhidmatan storan awanan Dropbox dan Box telah pun menawarkan integrasi bersama Microsoft Office Online.

Pemalam terbaru dari Google ini hadir tidak berapa lama selepas pelancaran pemalam pelayar Chrome yang membolehkan aplikasi desktop seperti fail-fail dokumen Adobe Photoshop boleh dibuka secara terus dari Google Drive pada November lalu.

Muat turun pemalam Google Drive untuk Microsoft Office dari sini.

3 KOMEN-KOMEN

  1. Nice… aku mcm dpt agak something like this will eventually happen before 2020, hihihi (btw, tak sabar nak tinguk filem kapsul… hahah!) XP

    Selamat Hari Raya ke-7 bro, Syawal ada sebulan ;3

TINGGALKAN BALASAN

Mohon masukkan komen anda!
Masukkan nama anda di sini

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.