Acap kali apabila perbincangan berkenaan isu ketidakseimbangan kekayaan dibangkitkan, umum akan mengaitkan dengan isu politik. Benar, corak politik di Malaysia memang banyak mempengaruhi urus tadbir negara termasuklah hal ehwal ekonominya.

Namun, apa yang ramai yang terlepas pandang adalah isu kemiskinan akibat ketidakseimbangan agihan kekayaan Malaysia bukanlah isu untuk parti-parti politik tertentu, baik UMNO atau PAS, BN atau PR. Ia adalah isu masalah seluruh rakyat Malaysia tanpa mengira latar belakang.

Ketidakseimbangan ini semakin melebar apabila secara terang-terangan kita semua dapat melihat di Malaysia, golongan kaya semakin kaya dan golongan miskin pula semakin miskin. Kajian oleh Dr Lee Hwok Aun dari Universiti Malaya dan Dr Muhammed Abdul Khalid dari Khazanah mendapati pendapatan isi rumah semakin bertumpu pada tingkatan strata paling atas tanpa mengira sektor, baik awam mahupun swasta.

Hal ini dapat dilihat pada dana persaraan terbesar Malaysia, KWSP apabila pekali Gini daripada akaun simpanan meningkat daripada 0.643 pada tahun 2004 kepada 0.661 pada tahun 2013.

Untuk makluman, indeks pekali Gini adalah indeks ukuran agihan pendapatan bagi sesebuah negara dan bagi pendapatan isi rumah di Malaysia, secara kasarnya adalah 0.43. Lebih rendah indeks, lebih seimbang agihan kekayaan negara. Rujuk pada peta berkenaan Indeks Gini dari Wikipedia berikut;

GINI Index

Terdapat pengurangan dari segi jumlah simpanan pada separuh golongan pemegang akaun KWSP sepanjang tahun 2004 hingga 2014dan manakala sebahagian mengalami peningkatan terutamanya untuk 1% dari keseluruhan pemegang akaun.

Selain dari isu simpanan di hari tua melalui simpanan KWSP, perkara seperti kenaikan gaji turut menjadi penyumbang utama ketidaseimbangan agihan kekayaan untuk rakyat Malaysia. Bagi golongan pekerja yang berusia dari 26 hingga 35 tahun pula, gaji kumpulan ini mengalami kadar kenaikan yang amat perlahan. Jauh lebih perlahan dari golongan pekerja yang berusia 40 tahun dan ke atas.

Ah, isu orang muda bergaji kecil ini mungkin bukan satu isu bagi sesetengah pihak. Mungkin, mereka berpendapat budak kecik tak boleh pegang duit banyak-banyak seperti yang pernah diungkapkan oleh Haji Bakhil di dalam filem Nasib Si Labu Labi.

6 KOMEN-KOMEN

  1. semua benda pun boleh dipengaruhi oleh politik.Undang-undang, harga barang, even sukan sekalipun. benda ni kalau tak dikawal takut jadi macam negara-negara yang gap orang kaya dan orang miskin terlampau jauh.

  2. Bila berkata ttg kenaikan harga, jawapan akhir ‘rakyat perlu berjimat’..
    Bila rakyat bersuara.. jawapan akhir ‘rakyat perlu faham’…
    Bila rakyat mengeluh.. jawapan akhir ‘rakyat perlu bijak’…
    Agaknya selama ni mmg rakyat boros, tak faham dan tak bijak hingga memilih pemimpin dan pentadbiran yg salah kot.. wallahualam..

  3. Memang betul pun ni. Kalau dekat tempat aku kerja ni, golongan Gred41 ke atas memang sangat laju naik Gred. Berbanding dengan pekerja bawahan ni, nak menunggu staf naik pencen memang sampai ke tua la jawabnya. Nampak tak seimbang pendapatan.

    • ni pon lagi satu isu gak… yg peringkat bawahan yang ada beratus orang berebut belasan tempat kosong, yang peringkat atasan yang ada belasan dijemput ke puluhan tempat lak…

TINGGALKAN BALASAN

Mohon masukkan komen anda!
Masukkan nama anda di sini

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.