Tesco Extra Ipoh
Makro Ipoh yang sekarang bertukor kepada Tesco Extra - Imej dari Kinta River Front
Tesco Extra Ipoh
Makro Ipoh yang sekarang bertukor kepada Tesco Extra – Imej dari Kinta River Front

Bandaraya Ipoh pada penghujung dekad 90’an masih lagi mempunyai daya tarikannya tersendiri walaupun sedang alami zaman gelap sesudah era kegemilangan bijih timah sudah berlalu. Tahun 1995, kalau tak silap aku, rangkaian gedung pasaraya hyper terawal di Malaysia yang bernama Makro membuka cawangannya di Ipoh. Ia terletak di jalan menghala ke pekan Chemor dan betul-betul bersebelahan dengan Lebuhraya PLUS di persimpangan keluar Ipoh Selatan.

Waktu tu, hypermarket adalah sesuatu yang amat baru di Malaysia dan pasaraya-pasaraya retro seperti Fajar, The Store, Ocean, Super Kinta, Parkson dan seangkatan dengannya masih lagi relevan sebagai tempat penduduk Ipoh membeli-belah.

Kebiasaannya, aku tak dapat ikut pergi ke Makro bersama mak ayah aku sebab polisi Makro waktu tu yang tak benarkan kanak-kanak masuk. Waktu tu, kalau pergi ke Makro, confirm pergi secara berjemaah dengan jiran-jiran lain yang ada kereta. Beli barang kat Makro ni memang murah, tapi kena beli bundled la. Mana ada barang-barang runcit yang diorang jual masa tu. Tambahan pula, hanya pembeli yang mempunyai kad keahlian Makro sahaja yang boleh masuk pada awal kemunculannya.

Membeli-belah di Makro ni memang banyak peraturannya. Satu-satunya tarikan yang boleh buatkan orang ramai tak kisah sangat dengan peraturannya adalah kerana harga barangan yang ditawarkan amat murah jika dibandingkan dengan premis-premis perniagaan lain. Malah, Makro pada awalnya boleh dikirakan sebagai salah sebuah entiti perniagaan yang berjaya di Malaysia.

Tapi, kejayaan Makro tidak bertahan lama apabila semakin banyak pasaraya hyper muncul di Malaysia. Nama-nama seperti Tesco, Giant, Mydin, Carrefour, Hero, AEON Big,Econsave, NSK, KiP Mart dan lain-lain mula menjadi pilihan alternatif rakyat Malaysia yang mula gemar membeli-belah barangan keperluan secara borong. Pasaraya hyper yang menjadi pesaing Makro ini tidak mempunyai peraturan sebagaimana Makro. Tidak memerlukan kad keahlian, tiada had minimum untuk membeli barangan dan juga tiada larangan untuk kanak-kanak masuk ke premis mereka.

Pada aku, peraturan-peraturan terhadap pengguna sedikit sebanyak akan mengurangkan daya tarikan sesebuah perniagaan. Walaupun peraturan hanya ahli sahaja dibenarkan tu nampak macam kecil, tapi impaknya besar apabila jumlah pelanggan yang berpotensi telah dikurangkan hanya kerana kad keahlian. Begitu juga larangan kemasukan kanak-kanak ke premis yang boleh membantutkan niat sesetengah ibu bapa membeli-belah bersama anak-anak.

Dalam perniagaan yang begitu hebat persaingannya ini, aku rasa tak patut bagi premis melaksanakan peraturan yang menyusahkan penggunanya. Sekarang ni, aku malas nak bershopping di Mydin atas sebab peraturan untuk mereka.

Misalnya, di pintu masuk premis diletakkan pengawal keselamatan yang akan membungkus beg-beg pelanggan di dalam satu beg plastik besar serta mengikatnya dengan cable tight. Keluar premis pula, kita akan bertemu dengan pengawal keselamatan yang akan memeriksa beg plastik kita berserta resit pembelian.

Macam tak percaya dengan pelanggan je gayanya.

20 KOMEN-KOMEN

  1. ermm… betul tu… idah pun rimas berbelanja di mydin… kadang2 org ppuan tak bawa purse… letak duit dalambeg plastik jer… pastu sampai kat mydin dia nak ikatnya plastik tu… dah tu macam mana nak ambil duit nanti… haishh… memang menyusahkan… sama macam kad keahlian tu jugak…

  2. masih ingat dengan Makro ni Syl.. mak pun berbelanja kat sana, mak pula orang berniaga, memang sesuai sangat.. kemunculan banyak pesaing membuatkan Makro kat JB ni juga gulung tikar… walaupun bermula dengan gilang gemilang

  3. Salam..hurmm x pernah dgr nama supermarket tu…tapi pasal mydin tu dye org lebih menjaga keselamatan pelanggan dan keselamatan shop dyeorg kot…baktu ketat sikit…huhu

  4. Tapi kat penang dalam tahun 2008 ada lagi sebiji makro. Hujung-hujung hayat dia terpaksa jual secara runcit nak clear stock.bukan ahli pun boleh masuk. .huhu

  5. ingat lagi troli kat Makro yang besar gedabak tu..maklumlah beli borong…hypermarket konsepnya utk family shopping, baru meriah…tapi Mydin Sinar Kota memang penuh dgn warga asing kalau pergi weekend..

    kalau balik kpg, selalu singgah Mydin RTC Gopeng sebab mudah tepi highway je..Tesco, Giant dah out of the way..

  6. dulu dengar makcik2 cerita pasal makro ni, punya la takjub, sampai roti perancis yang diorang beli kat situ pun jadi rebutan!

    mydin? pergh, kalau kat mydin ni aku pulak ada peraturan untuk diri sendiri. pergi masa waktu bekerja dan waktu orang belum gaji.

  7. Kadang-kadang rimas dengan peraturan macam tu check barang-barang satu persatu, ada lagi tu siap chop resit motif buat benda buat tu pun aku tak tahu. hahaha. First time dengar nama MAKRO. Feveret selalu pergi hyper marker iaitu AEON.

  8. setuju, benda2 macam tu menyusahkan. apa guna cctv? apa kata hire lebih banyak guard jalan2 dlm pasaraya klu risau sangat berlaku kecurian.

  9. Huih, aku penah kna tahan ngan pakgad giant (kalo x silap), sbb aku pakai sweater time tu. Dia suruh aku bukak sweater tu dulu, baru dia lepas kasi masuk supermarket. Sorry la aku nak bukak, aku blah je la… biar kawan2 aku masuk sudah, aku tggu kat area luar n lepak kat kiosk makanan. Tu zaman student… hahah ;p

  10. normal la tu..yg jenis niat tak baik tu mmg mcm2 cara diorg buat untuk mencuri..yg jadi mangsa org yg betul2 dtg untuk membeli belah…so bila kita nak masuk hypermarket ni kena ikut jugak la peraturan yg disediakan..klu tak suka, pergi je mini market kat kawasan perumahan tu 🙂

  11. konsep makro untuk pembelian pukal untuk orang berniaga, mungkin tak sesuai dah sebab banyak hypermarket lain yang harganya pun murah dengan tak perlu beli banyak.

TINGGALKAN BALASAN

Mohon masukkan komen anda!
Masukkan nama anda di sini

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.