Bagi anda yang kerap membeli-belah di laman 11Street, anda mungkin mendapati aplikasinya dikenali sebagai sesuatu yang lain. Lamannya juga turut melencongkan pengguna ke halaman yang lain. Nampaknya, sekarang ini 11Street telah bertukar identitinya kepada PrestoMall.

Aplikasinya juga turut telah dikemaskini, baik di Apple App Store mahupun di Google Play Store. Keterangan pada aplikasinya dan juga pada bahagian ‘Tentang Kami’ di Facebook rasminya menjelaskan hal berikut:

PrestoMall, previously known as 11street Malaysia, is Malaysia’s largest homegrown online marketplace, is now part of Presto – a unique social marketing platform that offers great rewards. PrestoMall is operated by Presto Mall Sdn. Bhd. (formerly known as Celcom Planet Sdn. Bhd.).

Walaubagaimanapun, setakat ini masih belum ada sebarang kenyataan rasmi dikeluarkan oleh penjenamaan semula ini dari pihak-pihak yang terbabit.

Sumber maklumat diperoleh dari PrestoMall

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.